top of page

11 & 12 OKT 2019

Avenir Light is a clean and stylish font favored by designers. It's easy on the eyes and a great go to font for titles, paragraphs & more.

Perjumpaan dengan Ketua Cawangan Latih, Mej Ismadi Bin Ismail bersama ketiga-tiga peringkat pada pagi Jumaat bertempat di Dewan Makan Palapes, UTM bertujuan untuk memberi motivasi kepada semua Pegawai Kadet setiap peringkat sebelum bermulanya latihan. Pada sebelah petang pula, diteruskan dengan Perbarisan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet dari peringkat Senior dan Intermediate.

Pada hari Sabtu, latihan dimulakan dengan Latihan Jasmani Pagi (PT Tempur) bertempat di Padang Ragbi, UTM mengikut kompeni. Latihan ini bertujuan untuk persiapan fizikal dan mental pegawai kadet sekalian untuk menjalani latihan. 

​

Seterusnya, pelajaran Kelas Senjata M203 oleh jurulatih peringkat Senior, Kpl Hisham di pondok peringkat pada petang Sabtu.

 

Peringkat Intermediate meneruskan latihan dengan kelas senjata M203 pada hari Jumaat.
Seterusnya, latihan bagi peringkat intermediate disambung dengan kelas teori peta berkaitan dengan simbol peta dan 'map orientation'.

​

Seterusnya, peringkat junior mengikuti pelajaran bagaimana hendak mengendalikan senjata M16 oleh Sjn Khairul. 

18 & 19 OKT 2019

Pada hari Jumaat, kesemua pegawai kadet melaksanakan Latihan Jasmani mengikut peringkat masing-masing

Telah menjadi kebiasaan pada setiap tahun untuk mengadakan pertandingan kompeni untuk memilih kompeni terbaik pada tahun tersebut. Pada hari Sabtu, pertandingan pertama Sesi 19/20 diadakan iaitu ‘Trail Run’. Pertandingan ini merupakan acara merentas desa sejauh 5 km. Sebelum pertandingan dimulakan, aktiviti senamrobik telah diadakan, diketuai oleh Puan Nurul Huda. Para peserta telah dilepaskan dengan bunyi tembakan senjata M16 yang dilepaskan oleh Timbalan Komandan Palapes UTM, Lt Kol PM Dr. Mohd Noor Azli bin Haji Ali Khan. Semua peserta bersemangat kerana ingin merebut lanyard kuning untuk kompeni masing-masing demi meraih kompeni terbaik.

25 & 26 OKT 2019

Latihan Tempatan pada hari Jumaat dimulakan dengan aktiviti perairan dimana peringkat Junior telah merentasi tasik menggunakan tali manakala bagi peringkat Senior dan Intermediate telah melakukan aktiviti perapungan dengan menggunakan pelampung rekaan. Pada sebelah tengahari, pertandingan merentas tali, perapungan dan juga kayak sambil membawa log telah diadakan mengikut kompeni. Wakil-wakil pegawai kadet dari setiap kompeni telah bersaing dengan bersungguh-sungguh.
 

bottom of page