top of page

SEJARAH PALAPES

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) atau Reserve Officer Training Unit (ROTU) adalah pasukan latihan yang terbentuk dari 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Tujuan utamanya adalah untuk melatih pelajar IPTA menjadi Pegawai Muda dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW). Para pelajar ini dikenali sebagai Pegawai Kadet (PK) dan akan menjalani latihan selama tiga tahun untuk memenuhi kehendak sebagai seorang Pegawai Singkatan Angkatan Tentera Malaysia. Latihan yang diberikan dalam PALAPES adalah mempunyai persamaan dan setara dengan latihan ketenteraan untuk PK Kolej Tentera Darat. Setelah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda, mereka akan diserap ke dalam Siri 500 RAW dan juga boleh berkhidmat sebagai pegawai dalam angkatan tetap.

​

Secara sejarahnya, selepas Konfrontasi Indonesia, sebuah unit simpanan telah dibentuk pada 3 April 1965 sebagai Batalion 1 Askar Wataniah di Universiti Malaya (UM). Batalion ini terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa dan kakitangan UM.

​

Pada awalnya, 30 orang mahasiswa secara sukarela daripada pelbagai fakulti menjalankan latihan asas ketenteraan semasa cuti semester di Kem Seputih, Batu Gajah, Perak. Majoriti daripada mahasiswa adalah bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (Royal Military College). Setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, sebuah kompeni Askar Wataniah dibentuk lagi di Institut Teknologi Mara manakala Kompeni B kemudiannya dibentuk di Universiti Pertanian Malaysia dan Kompeni C di Universiti Kebangsaan Malaysia.

​

Pada tanggal 18 Disember 1978, Brigadier Jeneral Dato' Abdul As Ismail, Pengarah Askar Wataniah mencadangkan pembentukan Unit Latihan Pegawai Simpanan kepada Naib Canselor Universiti-universiti dan Pengarah Institut Teknologi Mara. Berdasarkan pertemuan itu, Majlis Angkatan Tentera bersetuju untuk membentuk PALAPES di Institut pengajian tinggi. Pasukan ini dikenali sebagai PALAPES ataupun ROTU. Sekarang, PALAPES telah ditubuhkan di 20 buah IPTA yang terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

SEJARAH: About

SEJARAH PALAPES UTM

PALAPES UTM telah ditubuhkan pada 11 April 1991. (Merujuk kepada  surat perjanjian penubuhan PALAPES IPTA, 20 Ogos 1979) proses penubuhan ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana pada awal tahun 1980'an seawktu idea mewujudkan pusat latihan bagi melahirkan pegawai-pegawai simpanan dalam angkatan simpanan Tentera Darat, pihak UTM beserta empat IPT yang lain seperti UM, UKM, UPM dan USM telah bersama-sama terlibat dalam membincangkan konsep penubuhan PALAPES ini.

​

Menyedari kepentingan program kepada pihak UTM khasnya dan amnya, maka usaha berterusan dibuat bagi menubuhkan unit palapes di UTM telah membuahkan hasil. Pihak senat UTM telah dapat diyakinkan betapa pentingnya UTM bersama-sama menyaingi IPT tempatan yang lain mewujudkan unit PALAPES. Pada 22 Julai 1990, satu kertas kerja telah dimajukan oleh pihak UTM kepada Kementerian Pendidikan bagi mendapatkan persetujuan penubuhan unit PALAPES di UTM.

​

Pada masa yang sama, pihak UTM juga telah memajukan permohonan ke Kementerian Pertahanan bagi tujuan yang sama.

​

Penubuhan PALAPES UTM akhirnya telah diluluskan secara rasminya pada 11 April 1991 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) ke-264 yang bersidang pada 10 Oktober 1990. Pada peringkat awal penubuhan, pasukan ini terpaksa menggunakan perjawatan (ad-hoc) dari unit Batalion ke-4 Rejimen 501 (AW) dengan kekuatan pada masa itu terdiri daripada 4 pegawai tetap dan 11 lain-lain pangkat. Bagi mengatur gerak mengorak langkah dalam membantu asas penubuhan, serami 19 orang staf UTM dengan sukarela mengikuti kursus bakap pegawai yang diadakan di UTM atas kelolaan jurulatih dari Rejimen 501 (AW) iatu Mej Tajudin bin Jonet mulai 22 April 1991 hingga 4 Mei 1991.

​

Rancangan penubuhan PALAPES UTM meliputi ketiga-tiga perkhidmatan iatu darat, laut dan udara.

​

Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya hanya PALAPES Darat ditubuhkan dahulu.

​

Upacara perasmian unit PALAPES UTM telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Brig Jen Dato’ Mohd Hashim bin Alias selaku Asistan Panglima Pasukan Simpanan pada 5 September 1991, manakala PALAPES Laut pula telah ditubuhkan pada Jun 1993.

​

Walaubagaimanapun, PALAPES UTM merupakan PALAPES yang terakhir ditubuhkan pada ketika itu, tetapi pencapaian pasukan ini adalah membanggakan. Pasukan ini telah Berjaya melahirkan serami 404 Pegawai Muda sejak ditubuhkan. Selain itu, prestasi PALAPES UTM juga amat menggalakkan jika disbanding dengan PALAPES IPT yang lain di dalam pertandingan terutama semasa Latihan Pentauliahan.

​

Mulai 27 Disember 1995, PALAPES UTM telah secara rasminya memperolehi struktur latihan, pentadbiran dan logistik bagi menghadapi alaf baru. Melalui penglibatan semua pihak, terutamanya pihak university, formasi atasan dan anggota peringkat bawahan, maka objektif penubuhan PALAPES dapat dicapai dengan jayanya.

​

Sejak ditubuhkan, PALAPES UTM telah mengadakan pameran pada setiap kali konvekesyen yang dianjurkan oleh pihak kolej bagi menarik minat para mahasiswa dan mahasiswi untuk menyertai PALAPES khasnya dan Askar Wataniah amnya. Pasukan juga sering mengadakan lawatan ke pusat-pusat latihan yang berhampiran bagi menambahkan pengalaman para Pegawai Kadet terhadap pengetahuan ketenteraan. Tidak ketinggalan juga pada setiap kali pasukan mengadakan latihan khemah tahunan, pasukan juga mengadakan projek jiwa murni dengan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan dan masjid.

SEJARAH: About

SEJARAH ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI KADET PALAPES IPTA DI UTM

PALAPES UTM menempa sejarah bilamana menganjurkan majlis pentauliahan diraja ke-13 bagi keluaran sulungnya dan majlis pentauliahan diraja seterusnya yang ke-20, ke-28 dan ke-38 bagi semua bakal Pegawai Muda seluruh IPT di padang kawad PALAPES UTM.

TARIKH & STATISTIK PEGAWAI KADET YANG DITAULIAHKAN DI UTM

​

(24 JUN 1994)

​

KE-13

​

600 PEGAWAI KADET YANG DITAULIAHKAN

​

(12 MEI 2001)

​

KE-20

​

818 PEGAWAI KADET YANG DITAULIAHKAN

​

(20 JUN 2009)

​

KE-28

​

1188 PEGAWAI KADET YANG DITAULIAHKAN

​

(3 OGOS 2019)

​

KE-38


1560 PEGAWAI KADET YANG DITAULIAHKAN

​

SEJARAH: Gallery
bottom of page